Monday, February 27, 2012

REVIEW


  


Title: Dawn
Author: Virginia Andrews
Genre: Fiction
Publisher: Pocket Books

When Dawn Longchamp’s mother suddenly dies, she finds herself thrust into a new family – and an evil web of unspoken sins. Her sweet innocence lost at the hands of the one she thrusts the most, humiliated and scorned by the iron-backed matriarch of this wealthy clan, Dawn is close to despair…until a chance word offers her one last shred of hope.

KOMEN AKU ~ mula2 aku tak perasan penulisnya. Virginia Andrews. Rupa2nya dia adalah V.C. Andrews juga..adoi! aku bukannya apa. Bukan tak suka. Entah kenapa bila baca buku V.C. Andrews rasa macam nak nangis je..aku masih ingat lagi baca the Landry Family Series (ada 5 buah buku semuanya)..disyorkan jangan baca ketika mengandung, memang akan rasa tertekan. Aku masih ingat lagi masa mengandungkan Aisya, aku baca lambat2 sebab tertekan dengan kehidupan watak utamanya, Ruby.

Nampak macam klise, buku Dawn dengan the Landry Family Series. Watak perempuan utama mesti jenis hidup melara. FYI, buku Dawn ini juga ada buku siri yang pertama. Siri2 yang lain tak baca lagi.

Ok, berbalik kepada cerita Dawn ni sebenarnya dia sudah ditipu hidup2 oleh orang yang dianggap ibu n ayahnya. Sebenarnya Dawn telah diculik sejak dia masih bayi lagi. Dan sejak itulah dia dan keluarga bagaikan hidup seperti pelarian, semata2 kerana ibu dan ayahnya takut keluarga sebenar Dawn akan mengambilnya semula.

Namun setelah lebih kurang 14 tahun, ayahnya berpindah semula ke tempat asal kerana tiada tempat yang selamat. Itu yang aku pelik US bukan main besar tapi balik ke tempat dia menculik Dawn pula. Saja cari nahas n nak menyedapkan cerita. Seperti biasa kalau kita berada di sekolah baru, budak2 lain akan pandang kita macam alien. Itulah yang terjadi kepada Dawn apabila dia terpaksa bersekolah elit. Ini pun aku tak faham. Alasan ayah Dawn ialah nak kan yang terbaik untuk Dawn dan abangnya, Jimmy. Aku terlupa nak cakap yang Jimmy seorang abang yang over-protective. Dialah yang menjauhkan Dawn dari budak2 yang suka membuli adiknya  disebabkan mereka datang dari keluarga miskin.

Klise kan? Dalam ramai2 yang jahat terutama perempuan yang diketuai Clara Sue, mesti ada seekor kumbang handsome yang akan menyelamatkan keadaan. Ala..yang macam dekat tv tu. Nama lelaki yang hebat tu ialah Philip. Cuma kali ni, situasi perempuan hebat Clara Sue tidak syokkan Philip sebab mereka adik beradik ok. Walaupun telah banyak kali dinasihatkan oleh orang tuanya, Dawn tidak boleh lari dengan perasaannya sendiri yang dia dalam diam sudah jatuh itu cinta la..

Nak mengkonflikkan cerita itu lagi, ada seorang masyarakat yang prihatin telah ternampak ayah Dawn yang seingatnya adalah penculik seorang bayi empat belas tahun dulu. Seperti apa yang dijangka, ayah n ibu Dawn tertangkap oleh pihak berkuasa n di situlah rahsia lama mereka terbongkar.

Dawn dapat tahu yang dulu mereka berkerja sebagai orang gaji di sebuah rumah orang kaya Cutler (he..he..). Kononnya disebabkan mereka tidak ada anak perempuan maka, mereka menculik Dawn atau nama sebenarnya Eugene. Dawn kecewa.

Tapi apa yang diharapkan tidak berpihak kepadanya, keluarga Cutler tidak mengalu2kan kedatangannya selepa 14 tahun. Malah dia diperlakukan seperti orang suruhan. Terutama oleh nenek mereka yang berkuasa sepenuhnya di Cutler. Ibu dan ayah Dawn yang sebenar seperti tidak gembira n takut2 untuk menerima kehadiran Dawn terutama di hadapan nenek Cutler. Yang menyedihkan lagi ialah Philip n Clara Sue adalah adik-beradiknya. Clara Sue yang sememangnya tak sukakannya lebih sakit hati n Philip pula masih tidak boleh menerima kenyataan.

Dawn dapat merasakan ada rahsia yang lebih besar disembunyikan darinya. Keluarga mereka seperti dysfunctional. Setelah dibongkar rupanya ibunya pernah menjalinkan hubungan dengan seorang artist dan melahirkannya. Disebabkan kemarahan, nenek Cutler telah mengupah orang gajinya, ibu n ayah angkat Dawn membawanya pergi jauh dari keluarga mereka. Rahsia itu hanya diketahui oleh mereka bertiga sahaja. Dawn marah dengan nenek Cutler. Marah dengan ibunya sendiri. Tapi dia tiada hak di situ. Dawn berhadapan dengan nenek untuk mengetahui kenapa dia diperlakukan sebegitu. Tapi macam biasa, orang kaya akan menjaga reputasinya. Dan demi kebaikan semua pihak, katanya dia akan menyekolahkan Dawn di art school New York. Habis.

Nampak macam tergantung? Ya lah. Kan aku cakap VA memang suka buat cerita bersiri. Ini siri 1. Ada siri Secret of the Morning, Twilight’s Child, Midnight Whispers n Darkest Hour.

No comments:

Post a Comment