Monday, February 27, 2012

REVIEW




Title: Surrender
Author: Amanda Quick
Genre: Historical Romance
Publisher: Bantam Books

At four and twenty Victoria Huntington thought herself quite adept at fending off fortune hunters until she came under siege from Lucas Colebrook, the darkly disturbing new Earl of Stonevale. Amidst the brightly plumed birds of the ton, Lucas was a hawk. And when he held out the lure of moonlit rides and wild, reckless midnight escapades, Victoria found herself powerless to resist.

But becoming Stonevale’s companion in adventure was a far more dangerous undertaking than Victoria could ever imagine. For the attractive earl would use her every weakness to woo, to win her, and ultimately to wed her. And soon the amber eyed lady would find herself ensconced in a crumbling mansion deep in the English countryside…where the real reason for her hasty marriage becomes all too apparent…and where the ghost of her dark stained past are waiting to rise up in a terrifying plot that will threaten her life, her honor and the only man she could ever love.

KOMEN AKU ~ aku sakit hati dengan perempuan yang cam gini. Dia tak percaya dengan perkahwinan dapat membahagiakan seseorang. Ini disebabkan oleh ibunya sendiri telah dibunuh oleh ayah tirinya kerana harta. Sebab itu dia menganggap yang semua lelaki mendekatinya disebabkan dia kaya.

Victoria seorang gadis yang sukakan cabaran. Apa yang memboringkan ialah dia bertemu dengan Lucas sejak dari awal mukasurat lagi. Disebabkan Lucas seolah-olah mengekor ke mana saja dia pergi, mahu tidak mahu dia terpaksa berkompromi dengan Lucas untuk melakukan aktiviti2 mencabar (tak payahlah aku cakap apa aktivitinya – tak masuk akal langsung – tapi aku baca sampai abis k:P)

Victoria walaupun macam gitu dia masih lagi duduk dan hubungannya baik dengan ibu saudaranya, Cleo. Nak dijadikan cerita Cleo telah menangkap Victoria dan Lucas berada di dalam keadaan yang ‘….’ Kerana maruah (baru terfikirkan soal maruah:P), Lucas telah bersetuju dengan Victoria. Victoria tiada pilihan lain selain berkahwin.

Dan konfliknya berlaku selepas mereka berkahwin. Victoria baru mendapat tahu yang Lucas berkahwin dengannya disebabkan harta. Gelaran Earl itu hanyalah gelaran saja yang telah diberikan oleh bapa saudara Lucas kerana dia tiada pewaris lain. Tapi dia tiada harta untuk ditinggalkan kerana keturunannya suka berjudi. Lucas mengaku yang dia memang mencari calon isteri yang berharta tapi dalam masa yang sama dia juga menyintai Victoria.

Victoria bengang tapi tak tahu langkah yang patut dia lakukan. Selepas mereka ke Stonevale barulah yang hubungan mereka pulih sedikit demi sedikit. Itupun disebabkan Victoria yang selalu mengigau dalam tidurnya sejak beberapa bulan yang lepas. Dia membuat pengakuan akhirnya pada Lucas yang dialah yang membunuh ayah tirinya kerana dia tahu lelaki itu yang merancang kematian ibunya.

Apa yang aku tak beritahu ialah selepas dia berkenalan dengan Lucas, dia telah menerima dua benda yang mengingatkan dia kepada ayah tirinya, Samuel Whitlock. Dua benda itu ialah sapu tangan dan bekas kotak yang keduanya ada initial W. Walaupun Victoria tidak percayakan orang mati boleh hidup balik, tapi si pengugut mahukan yang Victoria percayakan itu. Orang itu adalah Isabel, bekas perempuan simpanan Whitlock. Dia dengan tidak sengaja menjadi saksi yang Victoria telah menolak jatuh Whitlock dari tangga. Kemudian dia merancang bersama dengan Edgeworth yang mempunyai dendam peribadi dengan Lucas berkaitan di meja judi dan di medan perang lagi (Lucas sebelum ini berkecimpung dalam military).

Akhirnya? Mereka hidup bahagia di Stonevale. Victoria mengakui yang Lucas seorang lelaki yang sukakan orang mengikut perintahnya tapi apabila dia fikir balik, ada sebab yang dia berbuat demikian kerana Lucas seorang yang berfikiran jauh. Aku tak beritahu pun yang sebenarnya Lucas tempang!

No comments:

Post a Comment