Monday, February 27, 2012

REVIEW





















Title: The Book of Tomorrow
Author: Cecelia Ahern
Genre: Women Fiction
Publisher: Harper
Tamara Goodwin always had everything she wanted. Why would she ever give a thought to tomorrow?
But suddenly life takes a difficult turn, and Tamara faces the hard decision to swap her glamorous town living for life in the country. However, Tamara is soon lonely and longing for her old life.

Then a traveling library arrives in the villages, bringing with it a mysterious leather bound book locked with gold clasp and padlock. What Tamara discovers within its pages takes her breath away and shakes her world forever.

An unforgettable story about how tomorrow can change what happens today...


KOMEN AKU ~ irresistible! Itu adalah perkataan yang sesuai untuk buku ini. Sebelum ni pernah tengok review dalam Star mengatakan benda yang sama. Chic lit memang tak membosankan. Mengisahkan tentang Tamara Goodwin yang tercari2 arah hidupnya. Dilahirkan dalam keluarga yang berada dia mula hilang tempat bergantung apabila ayahnya mati akibat dos yang berlebihan di bilik pejabatnya.


Masalah melanda apabila dia dan ibunya, Jennifer terpaksa tinggal bersama dengan pakciknya Arthur dan isterinya Rosaleen di sebuah pekan kecil County Meath. Biasalah kalau budak2 remaja yang tak pernah kenal erti susah bila terjebak dengan suasana yang tak happening mesti rasa nak memberontak. Macam itulah yang Tamara rasa. Tapi satu saja sifat Tamara yang tak boleh nak dibuang selepas semua kejadian yang menimpanya – dia lebih independent (dengan caranya yang sendiri).


Walaupun Tamara dikategorikan sebagai rebel, tapi dia kasihkan ibunya yang mengalami depresi yang teruk. Hari2nya hanya diisikan dengan terperuk di bilik. Untung saja ada Rosaleen yang tak pernah mengeluh untuk menjaga mereka berdua. Kadang2, Tamara merasa pelik dengan kehidupan Rosaleen yang dianggap membosankan. Apa taknya dia terlalu memanjakan Tamara dan Jennifer hingga Tamara terlalu suspicious dengan perlakuan makciknya itu. Arthur pula lebih banyak mendiamkan diri. Tamara bengang dengan Arthur yang tak ada inisiatif untuk melihat kakaknya sendiri gembira selain duduk di bilik.


Bosan dengan hidupnya di rumah, dia berkenalan dengan org2 yang berdekatan dengan rumah Arthur, Sister Ignatius. Walaupun perempuan itu sudah tua tapi mereka berdua boleh menjadi kawan baik dan perbualan mereka lebih kepada perkara2 yang sebelum ini tidak pernah ada dalam fikirannya.

Konfliknya? Selepas datang library bergerak (tak sangka kat sana pun ada benda yang sama) dan dipandu oleh seorang lelaki yang kacak bernama Marcus atas permintaan Sister ignatius. Dalam library bergerak itulah Tamara terjumpa buku yang pelik. Tiada tajuk dan berkunci. Kerana rasa percayakan Tamara, Marcus beri dia buku itu untuk diberikan kepada Sister Ignatius.

Apa yang ajaib adalah buku itu merupakan diari yang kosong. Atas sebab itu, Sister Ignatius memberi Tamara saja untuk ditulis walaupun Tamara memang tidak suka menulis mahupun membaca. Nak dijadikan cerita lagi, sewaktu Tamara betul-betul terasa ingin menulis diari tersebut, ianya sudah ditulis olehnya. Dan tarikhnya tertulis hari esok!

Beberapa hari kemudian, dia seperti rasa tak percaya kerana apa yang berlaku semuanya sudah diketahui selepas membaca diari tersebut.

Kerana diari tersebutlah dia mengetahui rahsia tentang dirinya sendiri. Ayahnya, Laurence yang sebenar masih hidup dan duduk berhampiran dengannya selama ini. Kerana wajahnya yang cacat akibat kebakaran, dia melepaskan Jennifer dan Tamara yang ketika itu baru setahun kepada George untuk membina keluarga baru. Dia tidak mahu mereka bergantung harap padanya yang cacat dan mengambil keputusan untuk ‘mati’ dalam hidup mereka. Semuanya berpunca dari sikap Rosaleen. Cintanya pada Laurence tidak dibalas seadilnya kerana Laurence menyintai Jennifer. Kebakaran itu juga disebabkan kecuaiannya.

Phrase of the day ~ “…In order for ants to find the safest route to food, one goes out on its own. When that lone ant has found the path, it leaves a chemical trail for the others to follow. When you stamp on a line of ants or, less psychotically, if you interfere in their chemical trail it any way, it drives them crazy. The ones that have been left behind crawl around frantically in panic, trying to regain the trail….

Moral of the story ~ kehidupan kita penuh dengan keajaiban. Kadangkala kita berada di dalam kesusahan dan terasa diri kita keseorangan. Namun itu tidak bermakna kita harus berputus harap kerana dari situ kita dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna untuk akan datang.

No comments:

Post a Comment