Monday, February 27, 2012

REVIEW



Title: Deception
Author: Amanda Quick
Genre: Historical Romance
Publisher: Bantam Books

Once Olympia Wingfield had been free to devote all her time to her true passion: the study of ancient legends and long-lost treasure. But now, with three hellion nephews to raise, the absentminded beauty has very little time for research. Which makes it seem all the more serendipitous when a handsome stranger strides into Olympia’s library unannounced and proceeds to set her world to rights…

Tall and dark, with long, windswept black hair, Jared Chillhurst is the embodiment of Olympia’s most exotic dreams…a daring pirate, masquerading in teacher’s garb, whose plundering kisses and traveler’s tales quickly win her heart. Yet all too soon innocent Olympia will discover that the enigmatic and wickedly sensual Mr Chillhurst is no lowly tutor but a future earl with a wealth of secrets – the kind that will lead them both on a perilous quest for a hidden fortune and a love worth more than a gold.

KOMEN AKU ~ Olympia seorang gadis yang suka menghadapi cabaran tapi dia tidak dapat menguruskan anak-anak saudaranya yang baru dijagainya. Selepas bertukar banyak pengajar dia secara tidak sengaja menerima pelawaan Jared yang kebetulan bertemu dengan Olympia untuk menyampaikan khabar dari bapa saudaranya berkenaan dengan barang-barang dagangan yang hendak disampaikan kepada Olympia walaupun pada dasarnya dia mahu mengetahui lebih lanjut tentang diari yang dibeli Olympia. Diari tersebut adalah kepunyaan keturunan Jared yang mengandungi tentang rahsia harta yang tersembunyi.

Disebabkan kedatangannya yang disangka sebagai pengajar anak-anak saudaranya maka Jared telah mengambil langkah, untuk terus berlakon disamping dekat pada Olympia sekeluarga. Dari situ dia sudah jatuh hati dan mahu melindunginya dari segala ketidakjujuran orang sekelilingnya yang sengaja mencari kesempatan pada kenaifannya.

Rahsianya terbongkar apabila bekas isteri Jared, Demetria terperasankannya di salah sebuah majlis tari-menari. Olympia marah kerana terasa dia dibohongi. Tapi apabila mengetahui yang Jared sebenarnya tak kisahkan tentang hartanya sendiri maka dia mula menyintai lelaki itu semula ditambah pula yang mereka sudah berkahwin. Adik Demetria pula menganggap yang Jared sebagai lelaki yang hipokrit dan tidak bertanggungjawab.

Namun setelah mengkaji diari itu, Olympia mendapati peta yang menyimpan harta tersembunyi di hulu pisau yang selalu dibawa Jared. Namun ianya hanyalah separuh daripada peta tersebut. Tapi dengan kebijakan Olympia, dia berjaya membongkar rahsia bahawa keturunan Demetria adalah sahabat kepada keturunan Jared yang bertindak menyimpan separuh lagi peta yang mereka cari. Dari situ mereka mengetahui agenda Demetria yang berkahwin dengan Jared hanya untuk mencari peta tersebut tapi tidak berjaya.

Last sekali, of course mereka bersatu untuk mencari harta tersebut. Tapi Jared dan Olympia tidak menyertai pencarian tersebut kerana yang penting adalah hubungan cinta mereka.

No comments:

Post a Comment