Monday, February 27, 2012

REVIEW


Title: Hollywood Kids
Author: Jackie Collins
Genre: Fiction
Publisher: Pan Books

They’re hot, they’re edgy – young partners in privilege – partying hard for the American Dream. Until a murderer begins to stalk them. And though New York detective Michael Scorsini starts looking for answers.

In a devastating expose of Hollywood and all that goes on there, superstar author Jackie Collins cuts through to the heart of America’s favourite playground and the new high rollers who live – and die – there.

KOMEN AKU ~ biasalah kalau baca buku citer omputeh mestilah ada aksi2 yang tidak boleh diluluskan oleh lembaga penapisan di negara macam kita ni. Aku baca buku yang hampir 600 mukasurat ni dengan pantas kerana bahasa harian yang mudah. Tak silap aku baca tak sampai 4 hari. Ok lah tu, aku bukannya bujang lagi nak duk mengadap satu benda.

Ceritanya tentang Cheryl Landers, Grant Lennon, Jordanna, Marjory Sanderson dan Shep Worth yang merupakan remaja yang berpengaruh di Hollywood. Kerjaya mereka semuanya berkisar dengan dunia hiburan disebabkan pengaruh kabel yang kuat. Dalam pada yang sama tanpa mereka sedari, gerak-geri mereka diperhatikan oleh seseorang yang mahukan mereka mati.

Sebabnya mereka sebelum ini pernah menyaksikan suatu kes pembunuhan krew di produksi yang mereka hadiri. Walaupun pembunuhnya sudah tertangkap dan menerima hukuman, ianya tidak berhenti di situ saja. Si pembunuh membalas dendam.

Nampak klise tapi disebabkan ada watak2 lain yang menambahkan jalan citer, nampak exciting sikit. Watak tambahan lain ialah wartawan majalah yang ingin cipta nama, Kennedy yang secara kebetulan menulis tentang dunia hiburan walaupun dia tidak sukakan aliran itu. Dan secara tak langsung bekerjasama dengan detektif Michael yang telah dibuang kerja (sebenarnya). Michael telah berhijrah demi mencari anaknya yang dibawa lari bekas isterinya. Dan setelah dia mencari agak lama, rupanya bekas isterinya sudah mati dibunuh. Medium yang difikirkan hanyalah melalui tv dan di situ dia berkenalan dengan Rosa yang juga kawan baik dengan Kennedy.

Dalam pada itu berlaku juga pembunuhan orang2 yang pernah menjadi krew di produksi tersebut selain dari mereka berlima tadi. Entah kenapa diaorang lambat sangat simpulkan yang pembunuh itu adalah orang yang sama yang pernah membunuh seorang pelakon wanita. Mungkin sebab tu bukunya tebal. Tapi nasib baik pembunuhnya sorang je.
kepala adik kat belakang...ha..ha..

No comments:

Post a Comment