Monday, February 27, 2012

REVIEW








Title: A Year and  A Day
Author: Virginia Henley
Genre: Historical Romance
Publisher: Dell Publishing

When Lynx de Warenne, Edward Plantegenet’s most prized warrior, invaded Dumfries castle, he took possession of Jane Leslie’s home – and soon wanted something more from the headstrong lass. Desperate for an heir, he proposed a handfasting: a Scottish custom whereby a man can lawfully take a woman into his bed, then, after a year and a day, the couple can either wed or part. Any child of that union is deemed legitimate. Jane had no choice but to surrender to the invader’s knowing touch..

Fearless on the battlefield, Lynx was afraid to love. But Jane slowly stole into his heart. And as the fires of war raged around them, amid treacherous foes and brilliant intrigues, who would have thought that two such unlikely partners would fall in love – or that their breathless passion for each other would outlast..

KOMEN AKU ~ ish! Ish! Apalah orang puteh ni..ada ke adat macam tu..pada mulanya Lynx tidak terfikir unutk berkahwin kerana dia lebih focus dengan hidupnya sebagai pahlawan dan dia juga sudah memiliki seorang perempuan simpanan, Alicia. Tapi setelah berada di Dumfries atas arahan ayahnya, dia mula memikirkan soal warisnya nanti. Dia terus bersetuju dengan cadangan bapa Jane, seorang penjaga istana itu untuk mengikut tradisi orang2 di situ iaitu bersama dengan seorang wanita dan selepas setahun dan sehari, maka lelaki itu boleh putuskan untuk mahu berkahwin atau tidak. Tapi jika mereka mempunyai anak saat itu maka, diiktirafkan sah. Lynx dan Jane sebelum diperkenalkan secara rasmi, mereka sudah pun bertemu tapi kedua2nya saling tidak menyukai.

Jane menganggap lelaki adalah makhluk yang sukar untuk difahami dan dia mendapat sokongan daripada neneknya yang tidak bersetuju dengan cadangan ayahnya untuk mengahwinkannya dengan Lynx pada usia yang masih muda dan ditambah pula yang Lynx tidak seketurunan dengan mereka. Tapi kemudiannya Jane tiada pilihan.

Sebelum itu Alicia sudahpun menggugurkan kandungannya kerana dia memang tidak mahu anak tapi diketahui oleh adik Lynx, Marjory tapi dirahsiakan kerana sudah berjanji dengan Alicia. Marjory pula menyintai Robert seorang bangsawan yang perkahwinannya sudah ditentukan oleh keluarga atas alasan status keluarga mereka.

Konflik berlaku apabila anak luar nikah bapa Lynx, Fitz-Waren mula hilang pertimbangan dan ingin memiliki kuasa dan perhatian yang dimiliki oleh Lynx dan dia mula membuat onar untuk mengalahkan tentera Lynx.

Selepas setahun sehari, Jane masih meragui kesahihan hubungan dia dan Lynx walaupun sudah memiliki seorang anak lelaki kerana Lynx jenis lelaki yang tidak menyatakan perasaan secara terang2an..namun jauh di sudut hatinya dia amat menyintai Jane kerana Jane sanggup berkorban nyawa untuknya.

No comments:

Post a Comment