Monday, February 27, 2012

REVIEW





Title: Mistress
Author: Amanda Quick
Genre: Historical Romance
Publisher: Bantam Books

When Iphiginia Bright discovered that her beloved aunt Zoe had fallen victim to a sinister blackmailer, she jumped at the chance to help. And her plan – to lure the villain into the open by posing as the latest paramour of the notorious Earl of Masters, a man rumored to have disappeared at the hands of the blackmailer – was nothing short of inspired. But in the midst of a glittering ball, surrounded by ardent admirers, the newly transformed Iphiginia would suddenly come face to face with the last man she ever expected to meet: the darkly sensual Earl of Masters himself. And now, the intrepid poseur is in even more danger, as she battles the blackmailer and a totally unexpected threat to her heart…for Marcus Cloud is not only devastatingly seductive – he’s determined to make this beautiful deceiver his own.

KOMEN AKU ~ Aku dapat bayangkan yg Marcus tu hensem n gagahJ pertama kali Iphigina dapat tahu yg Marcus sudah mati selepas menerima surat ugutan dari seseorang yang tahu tentang rahsia silamnya, maka dia telah membuat suatu siasatan sendiri dengan berlakon sebagai perempuan simpanan Marcus.

Semuanya bermula disebabkan ibu saudaranya juga menerima surat ugutan dan dia mahu mencari siapa dalang di sebalik kerja jahat itu. Tapi dia dikejutkan dengan kemunculan Marcus di majlis tari-menari. Bagi tidak mahu lakonan Iphigina dirosakkan, dengan bantuan Marcus juga, mereka sama-sama mencari siapa yang telah membuat onar.

Iphigina diberitahu yang Marcus sebenarnya tidak menerima sebarang nota ugutan. Sebaliknya dia menganggap Iphigina sengaja mengada-adakan cerita. Tapi dia tersasar apabila kawan baiknya, Hannah telah menerima nota ugutan. Kerana ketakutan diketahui suami barunya, Hannah telah membayar wang tebusan ini kerana dia telah secara tidak sengaja membunuh suami pertamanya. Dia telah meminta bantuan Marcus dan Marcus mahu tidak mahu terpaksa bekerjasama dengan Iphigina.

Rancangan mereka bermula menyiasat bekas-bekas pembantu rumah mangsa datang dari agensi yang sama. Maka dari situ mereka menyimpulkan bahawa pengasas agensi Whycherly yang telah mengaut untung dari kerja sampingannya mengugut bekas majikan yang pernah membuang pekerja-pekerjanya.

Tapi mereka terlambat apabila Mrs Whycherly telah dibunuh. Mereka hilang punca tapi secara tidak disengajakan, kawan baik Iphigina, Herbet yang mempunyai citarasa yang sama dengannya iaitu mengkaji buku-buku sejarah, telah telah meminjamkannya buku yang dicop dengan cop yang sama pada nota ugutan yang pernah ibu saudaranya terima.

Sangkaan mereka tepat apabila memang Herbet yang berada di balik semua ugutan-ugutan yang diterima oleh Iphigina dan Hannah. Ini semua kerana sifat tamak dan dendamnya pada orang kaya yang pernah membuang kerja ibunya yang pernah menjadi orang gaji suatu masa dulu. Ibunya pernah menjadi mangsa rogol oleh seseorang yang berkedudukan tapi kelahirannya tidak diterima.

No comments:

Post a Comment