Monday, February 27, 2012

REVIEW




Title: Desire
Author: Amanda Quick
Genre: Historical Romance
Publisher: Bantam Books

Upon her father’s death, beautiful, headstrong Lady Clare knew that she must wed, for the protection of the Isle of Desire now fell to her. Yet when her guardian’s choice of prospective husband rode through her castle gates, she felt utterly betrayed. All sinewy muscle and savage steel, Sir Gareth of Wyckmere was not a poet she’d requested but a fearsome knight whose only interest was in war.

Legions of robbers had fallen beneath the Hellhound of Wyckmere’s sword, and now this bold warrior was certain that he could tame one willful wife. Yet even Gareth could not deter Lady Clare from trying to mold him into her ideal…until clash of wills ignited a passion that set them both aflame…and a treacherous plot put their love and their lives in deadly peril.

KOMEN AKU ~ jajahan takluk Desire kaya dengan hasil bumi dan tumbuhan merupakan asset utama dalam pembuatan minyak wangi dan itulah minat Clare. Selepas kematian bapanya, Sir Humprey yang lebih suka mengembara dan abangnya dalam perang, Clare menjadi buntu dan terlalu memilih dalam soal jodoh. Tapi dia tiada pilihan lain kerana mahu memastikan rakyatnya hidup aman. Dalam pada itu dia juga tiada pilihan lain kerana orang yang diminatinya Raymond de Coleville sudah mengahwini orang lain atas desakan keluarga. Pilhan yang satu lagi ialah Nicholas of Seabern iaitu seorang lelaki yang tidak bijak langsung. Kerana tidak ada berlaku jenayah di Desire dan sememangnya dia tidak sukakan peperangan maka dia telah menulis surat kepada Thurston of Landry (orang yang dipercayakannya dapat membantunya) sebagai jalan terakhir untuk mencarikannya calon2 suami seperti yang telah tertulis ciri2nya di dalam surat tersebut iaitu ciri fizikalnya yang tidak terlalu gagah perkasa, seorang yang ceria dan bersopan santun dan terakhir calon2 itu mestilah minat belajar dan tahu membaca.

Membaca surat itu Thurston hanya ada satu pilihan iaitu anak gundiknya, Gareth akan menyahut cabaran untuk menjadi suami kepada Clare. Bagi Gareth dia tak kisah tapi disebabkan ganjaran daripada menjadi seorang suami ialah dia sendiri dapat meluaskan empayarnya sendiri.

Selepas berada di Desire, Gareth mula menunjukkan ciri-ciri ketua nya. Ini membuatkan Clare sengaja mencari alasan untuk melengah2kan perkahwinan itu. Tapi seperti yang dikata tadi, dia tiada pilihan lain.

Di masa awal perkahwinan mereka, banyak perkara yang tidak diingini berlaku hanya kerana tidak kesesuaian mereka bersama dan mereka sengaja mencipta pergaduhan. Macam gaduh2 manja la tu..namun pada satu hari ada kejadian pembunuhan berlaku di Desire. Seorang rahib wanita telah ditemui mati di biliknya sendiri. Apa yang pelik, pintunya berkunci sewaktu kejadian berlaku dan menimbulkan misteri kepada Clare, Gareth dan orang di sekeliling. Malah mereka menyebarkan cerita bahawa kononnya ada hantu paderi yang merayau2 di kawasan itu.



Di akhir cerita terbongkar bahawa Lucretius a.k.a Raymond de Coleville yang melakukan pembunuhan itu kerana mahukan sebuah buku diwarisi oleh Clare dari bapanya. Buku itu mengandungi rahsia2 resepi membuat bahan letupan dan yang sewaktu dengannya. Namun Lucretius dapat dibunuh oleh Gareth atas bantuan Clare yang membuat ramuan supaya Lucretius tidak henti2 bersin. Malangnya, ilmu sihir Lucretius tidak dapat menjadikannya hidup lama.

No comments:

Post a Comment