Monday, February 27, 2012

REVIEW





















Title: The Duchess
Author: Jude Deveraux
Genre: Historical Romance
Publisher: Pocket Star Books

 Claire Willoughby risked losing millions in her inheritance if, as decreed by her grandfather, she did not wed an acceptable man. Harry Montgomery, the eleventh Duke of MacArran, seemed perfect. He owned a historical castle, he looked manly in a kilt, and he was as much a titled Scotsman as Bonnie Prince Charlie himself.

Their engagement announced, Claire's future as a duchess was assured - and she set off with her family to meet the Montgomery clan in Scotland. Bramley Castle was a damp, chill place, overflowing with eccentric relatives. But there was also Trevelyan, a secretive, brooding man who lived in Bramley's ancient halls. Whoever he was, he wasn't at all like Harry: Trevelyan was the most exasperating, arrogant, know-it-all of a man Claire had ever met. 

KOMEN AKU ~ Kalau tak baca buku2 nukilan Jude Deveraux mmg korang tak faham macam mana perasaan aku..sesiapa yg baru berjinak2 membaca buku yg berunsur historical romance aku cadangkan baca buku penulis ni..

The Duchess mengisahkan Claire Willoughby yg akn dikahwinkan dgn Duke of MacArran, Harry Montgomery oleh keluarganya atas sebab harta. Keluarga Claire mempunyai masalah kewangan yg kritikal dan wasiat datuknya spy dia dikahwinkan dgn lelaki yg berada bg membolehkannya mendapat harta peninggalan datuknya itu. Ibu, bapa dan adiknya Sarah Ann mmg bergantung harap dgn keputusan yg Claire lakukan..

Claire secara peribadinya mempunyai cita2nya sendiri untuk mengelilingi dunia bg mempelajari budaya dan meninjau kehidupan org lain seperti idolanya, Captain Baker. Apabila tiba waktu utk dia ditunangkan, dia berkunjung menginap di Scotland. Di situlah dia menemui Trevelyan, lelaki yg sombong tp apa yg Claire suka padanya ialah dia mempunyai minat yg sama dr dunia pengembaraan hingga tulisan Captain Baker. Minat di sini bermaksud walaupun mereka selalu argue dgn pendapat tp itu adalah cara mereka mengenali hati masing2(kiranya mcm malu2 kucingla..)..

Perasaan Claire pada tunangnya, Harry tak sama dgn apa yg dirasa dgn Trevelyan..lelaki itu memperkenalkan diri sebagai sepupu Harry..dan Harry merasa sedikit tergugat dgn kehadiran Trevelyan setelah sekian lama dia menghilang. Perkara ini tidak diberitahu kpd ibunya, Eugena (yang pd ketika itu memegang title the Duchess)..Harry membuat perhitungan dgn Trevelyan agar rahsia mrk hanya mereka berdua saja yg tahu.
Rahsia apa? Dah nama rahsia..ha..ha..sebenarnya Trevelyan adalah Duke of MacArran yg sebenarnya..dia tidak mahu title dan duduk di istana kerana dia suka berlayar dan di dalam dunia itu dia dinamakan Captain Baker..ibunya Eugene lebih mengharapkan Harry menjadi tha Duke berbanding Trevelyan..hingga dia tidak kisah menerima kematian Trevelyan walaupun sebenarnya itu hanya berita palsu.

Lebih separuh buku jugalah baru Claire dpt tahu yg Trevelyan dan Captain Baker adalah org yg sama. Dia kecewa kerana rasa ditipu. Dia memang tidak boleh menipu perasaannya sendiri kerana dia memang menyintai Trevelyan secara diam manakala Captain Baker pula sememangnya dia sudah mempengaruhi caranya berfikir melalui tulisan2nya..walaupun dia cuba menjauhkan diri dari Trevelyan tp hatinya tidak tenang…

Bagi Trevelyan pula, dia adalah man of the world tp jiwang jugak. Perasaannya penuh dgn ego sehinggalah dia mengambil keputusan utk merampas kembali title yg sepatutnya menjadi miliknya dan begitu juga dgn cintanya terhadap Claire..

Cerita ni takde perang2..itu yg best…dalam citer ni sikap seorg ibu yg agak tipikal iaitu ingin melihat kebahagiaan anak mereka tapi mengukur kebahagiaan dgn harta dunia namun cinta mengalahkan segala2nya .

Moral of the story ~ dalam mengejar apa yg diimpikan terkadang kita perlu menjadi selfish kerana org lain xtahu tentang apa yg kita rasa sehingga cinta mengetuk pintu hati mereka..(Jiwangnyer..)

No comments:

Post a Comment