Monday, February 27, 2012

REVIEW





Title: The Family Man
Author: Melinda Curtis
Genre: Super Romance
Publisher: Herlequin Mills Boon

Part-time caregiver Thea Gayle is left to care for two young girls who’ve been abandoned by their farther. She turns to the twins’ uncle who is their only family. But is Logan McCall up to the job?

Logan’s been in a slump ever since his twin sister died. The biggest mistake of his was allowing his nieces to be taken away. He’s going to try make it right this time, by giving the girls and Thea the happiest home he can.

KOMEN AKU ~ mula2 memang bengang sebab Logan seolah2 tak kesian apabila anak2 saudaranya muncul di pintu rumahnya selepas ibu mereka, Deb mati akibat kanser manakala ayah mereka pula menghilangkan diri dan meninggalkan mereka kepada baby sitter, Thea Gayle. Kerana tidak mahu apa2 yang buruk berlaku kepada Tess dan Hannah, Thea terpaksa menghantar mereka berdua ke rumah bapa saudara mereka, Logan McCall. Logan bukan seperti yang disangka. Disebabkan Thea mempunyai matlamat untuk meneruskan pengajiannya dalam sarjana, dia terpaksa meninggalkan Tess dan Hannah kepada Logan yang kebetulan sedang menjaga ibu saudaranya, Glen yang mengalami Alzheimer.

Apabila melihatkan Glen yang tidak terurus, Thea berasa tidak sedap hati untuk meninggalkan Tess dan Hannah kepada Logan, maka dia telah menawarkan diri sebagai pembantu di rumah itu untuk selama beberapa hari. Cadangan Thea tidak disukai Logan tapi dia tiada pilihan lain.
Di situlah berlakunya bibit cinta antara mereka. Walaupun keduanya mempunyai sifat yang kontra, namun ianya secara tak langsung saling melengkapi. Sehinggalah Wes, bapa Tess dan Hannah datang untuk mengambil haknya. Di saat itu, Logan baru mendapat tahu yang Deb mempunyai insurans nyawa. Wes datang ke situ semata2 kerana duit. Logan pernah kehilangan sesuatu yang berharga sebelum ini maka dia tidak mahu keadaan merampas kebahagiaannya lagi.

Cuma yang aku tak berapa nak gemar tentang hubungan Thea dan Logan yang saling confuse. Mereka berdua mempunyai rahsia lampau mengenai keluarga mereka yang tidak diketahui oleh sesiapa. Apabila Logan menceritakan semua kisahnya, Thea pula mengambil jalan bodoh menyembunyikan rahsianya pula. Padahal rahsia tu bukan jenayah pun. Bila perkara itu mula berbangkit, ada saja benda yang remeh diungkit. Nasib baik 300 mukasurat jeJ

No comments:

Post a Comment